Wednesday, June 04, 2008

It's great to be pregnant!

Bunda Rindu !

Rinduku untuk melihatmu
hanya Tuhan yang tahu,
jejak dan gerakmu,
ibarat melonjak perasaan,naluri keibuanku.

Hari-hari kulalui,
berteman rasa bahagia di sebalik gusar,
apa yang pasti, ku ingin benar melihatmu, sayang anakku,
malah bukan itu sahaja,
rasanya seperti mahu mendakap erat,
membelai mesra sambil menyusukan.

Penantian semakin mendebarkan,
ku tak henti menghitung hari,
lagi berdoa pada Ilahi,
mudah-mudahan kita bertemu,
mengubati rinduku kurang lebih 9 bulan,
justeru kurnia gelaran Bunda...
Oh!Rindunya bunda....

1 comment:

Captain Zach said...

ya ya ya..pakkal i xley ngandung..