Tuesday, June 17, 2008

Sombong atau Pendiam? ~ Snobbish or Reserved?

Suddenly I just thought about this...so lets think together,

Sombongnyer dier tuh! or Dier tuh memang sombong!Apa betulkah agaknya apa yg kita fikirkan?Kadangkala, it may turned up that the person actually reserved and maybe pemalu orangnya...

Sebenarnya semua itu dapat dibezakan kalau kita tahu menggayakan emosi tepat pada masanya.That's what I think! Reserved tuh mungkin akan membawa persepsi sombong apabila kita bertindak dingin dan kurang mesra walaupun sudah ditegur mesra. Manakala persepsi sombong pula mungkin bertukar apabila kita belajar mengenali seseorang itu lebih dekat lagi...itulah yg menarik tentang definisi dan persepsi...hanya kita sendiri yang dapat memastikan keperibadian....

Well I just give a thought!

Wednesday, June 04, 2008

Raees Imran




Raees Imran ~ YaAllah, Segala Puji BagiMU !

Dudukku mula tak kena,
Sungguh! tidak selesa,
aku keliru,sambil berselawat...
hati tertanya, apakah sudah tiba masanya?

Walau sakit aku masih menunggu,
sabar menunggu suami...
sakitku semakin mengundang gusar...
YaAllah!Sakitnya!

Sabar, selawat sayang...
pesan suami menenangkanku...
gusar,takutku, Allah saja yang tahu,
sedar tak sedar,
Alhamdulillah...puteraku lahir
sihat walafiat,
kini Raees Imran hadir,
melengkapkan hidup kami,
suami isteri...justeru,
melayakkan kami bergelar,
Ayah dan Ibu...
YaAllah ,Segala puji bagiMU!

I just realized...

Sometimes what you think right might not happen right. It might be, you will learn something throughout either good or bad experiences or it might be a disaster. But, it is always better to be positive as to have a complete life you should have a pair, good and bad experiences.

It's great to be pregnant!

Bunda Rindu !

Rinduku untuk melihatmu
hanya Tuhan yang tahu,
jejak dan gerakmu,
ibarat melonjak perasaan,naluri keibuanku.

Hari-hari kulalui,
berteman rasa bahagia di sebalik gusar,
apa yang pasti, ku ingin benar melihatmu, sayang anakku,
malah bukan itu sahaja,
rasanya seperti mahu mendakap erat,
membelai mesra sambil menyusukan.

Penantian semakin mendebarkan,
ku tak henti menghitung hari,
lagi berdoa pada Ilahi,
mudah-mudahan kita bertemu,
mengubati rinduku kurang lebih 9 bulan,
justeru kurnia gelaran Bunda...
Oh!Rindunya bunda....

Nice feeling when you love someone and you become the loved ones

Tenunan kasihku sayang....

Suci, tenang dan damai rasanya,
Bila kasih tertenun lalu rindu terkait,
Terkejut dari lena yang panjang,
Kerana rindukan si dia,
Hati tercuit dek tenunan kasih yang indah ;

Sunyi, kecewa yang dulunya pernah singgah,
Kini diganti rasa kasih yang tak jemu menjengah,
Pelangi senja yang dulunya bertamu,
Kini mewarnai hariku riang girang selalu ;

Setiap insan berkasih,
Kerana rasa kasih anugerah Ilahi,
Dengan mencintai dan dicintai si dia,
Membuatku lebih kasih akan Yang-ESA ;

Lantas kusulamkan doa,
Perkenankan sutera impianku Tuhan,
Benarkan rasa cinta dan kasih ini berpanjangan,
Cinta kasih padanya ku turut setia,
Cinta hakiki padaMU tak mungkin ku persia.