Tenunan kasihku sayang....
Suci, tenang dan damai rasanya,
Bila kasih tertenun lalu rindu terkait,
Terkejut dari lena yang panjang,
Kerana rindukan si dia,
Hati tercuit dek tenunan kasih yang indah ;
Sunyi, kecewa yang dulunya pernah singgah,
Kini diganti rasa kasih yang tak jemu menjengah,
Pelangi senja yang dulunya bertamu,
Kini mewarnai hariku riang girang selalu ;
Setiap insan berkasih,
Kerana rasa kasih anugerah Ilahi,
Dengan mencintai dan dicintai si dia,
Membuatku lebih kasih akan Yang-ESA ;
Lantas kusulamkan doa,
Perkenankan sutera impianku Tuhan,
Benarkan rasa cinta dan kasih ini berpanjangan,
Cinta kasih padanya ku turut setia,
Cinta hakiki padaMU tak mungkin ku persia.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
aduh, jiwang karat jugak machik neh~ layan~
Post a Comment